😊Assalamualaikum😊
Murid pelbagai upaya ialah murid yang berkeperluan khas seperti kurang upaya dalam pendengaran, penglihatan, pertuturan, fizikal, masalah pembelajaran dan sebagainya. Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan kahas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental.
Pendidikan khas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.

Kajian mengeni pengurusan murid
pelbagai upaya ini memfokuskan kepada empat topik perbincangan iaitu pemulihan,
pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas. Dalam pengurusan murid untuk
pemulihan dan penggayaan, ia member fokus kepada kanak-kanak yang menghadapi
masalah pembelajaran. Seperti artikel ini nyatakan, menurut Ab. Rahman, et. al.
1997 dalam buku Pengantar Pendidikan Khas karya Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che
Ahmad (2011), pemulihan merupakan langkah - langkah khas yang diusahakan untuk
membantu murid - murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam menguasai
kemahiran 3M (muhamadaizat.blogspot.my). Pada pendapat saya, artikel ini dapat
membantu guru Pendidikan Khas dalam memahami dengan lebih lagi akan maksud
pengurusan pemulihan serta dapat membuahkan idea-idea yang dapat digunakan di
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
No comments:
Post a Comment