😊Assalamualaikum😊
Pengurusan bilik darjah dinamik ke
arah pembinaan modal insan yang seiring dengan falsafah pendidikan negara iaitu
pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pengurusan bilik darjah
memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi.
Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan
mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan
interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu
mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).
Menurut jurnal yang saya rujuk
bertajuk “Pengurusan Bilik Darjah” oleh Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi
Salleh (2009), pada asanya, pengurusan bilik darjah merupakan kemahiran yang
agak sukar dikuasai walaupun banyak teori dan teknik yang telah dipelajari oleh
guru pelatih di universiti maupun di institut-institut perguruan. Sekiranya
kemahiran ini dapat dikuasai dan dihayati oleh guru pelatih, proses pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah akan menjadi pengalaman yang menyeronokkan.
Bilik darjah yang mempunyai
pelajar-pelajar yang bertingkah laku baik menjadikan tugas pengajaran guru “one
of the most wonderful jobs in the world” kerana setiap hari guru mengalami
pelbagai pengalaman yang baru dan berbeza di bilik darjah. Pembelajaran dan pengajaran akan
lebih berkesan apabila suasana persekitaran bilik darjah adalah kondusif
disamping guru tersebut mempunyai dan memahami sifat-sifat seorang pengurus
yang baik seperti tegas, demokratik, pengasih, dan prihatin.
Apabila pengurusan bilik darjah
berkesan, kita dapat lihat kesan positif daripada pelajar seperti penglibatan
aktif di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sekaligus dapat
mempertingkatkan lagi prestasi akademik mereka.
No comments:
Post a Comment