😊Assalamualaikum😊
Sebagai seorang pelajar, pengurusan
pembelajaran amat penting agar suatu proses pembelajaran berlaku dengan efektif
dan objektif yang ditetapkan dapat dicapai.Pengurusan ialah adalah
melibatkan penggubalan dan perancangan, melaksanakan perancangan dan
bekerjasama secara berkesan dengan orang lain untuk melakukan perkara yang
betul sehingga mencapai matlamat (PPK, 2001).
Pengurusan
pengajaran dan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran
agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara – perkara
yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru
mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal
aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang
dirancang (Nurlia Mohamad, komunikasi peribadi, 26 Disember 2012).
Tidak dapat dinafikan bahawa pengurusan
dan pembelajaran ini penting terhadap pelajar. Guru yang gagal merancang dan
menguruskan pengajaran sendiri akan berdepan dengan masalah seperti kegagalan
menghabiskan silibus tepat pada waktunya serta pelajar ketinggalan dalam
pelajaran. Walapun kurikulum pelajaran seperti KSSR dan KSSM telah disediakan,
namun jika seorang guru tersebut gagal merancang dengan sebaiknya,
pengajarannya akan kucar-kacir juga.
Pengurusan dan pembelajaran berperanan dalam meningkatkan
prestasi pelajar. Saya bersetuju dengan kenyataan ini kerana prestasi seorang
murid bukanlah semata-mata bergantung pada latihan serta ujian atau peperiksaan
yang diduduki, pengajaran guru yang berkesan banyak memberi impak terhadap
prestasi pelajar. Memetik lirik lagu daripada M.Nasir “gagal merancang,
merancang kegagalan”, dapat disimpulkan bahawa pengurusan yang teratur
memainkan peranan penting dalam pembelajaran agar pembelajaran yang sepatut
disampaikan dapat disampaikan dengan berkesan.
No comments:
Post a Comment