Friday, November 9, 2018

BAB 13: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

😊Assalamualaikum😊 
Guru merupakan insan yang paling bekerja keras dalam melahirkan pelajar yang cemerlang. Untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, alam pembelajaran haruslah diatur dengan teratur, dapat menarik minat pelajar untuk belajar lebih lagi serta dapat melaksanakan sebuah pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Oleh itu, rancangan oriestasi sekolah (ROS), kaedah perlaksanaan, pedagogi serta bahan bantu mengajar antara aspek utama yang penting dalam melahirkan alam pembelajaran yang berkesan dan menarik. Contoh yang dapat kita lihat adalah dari segi kaedah perlaksanaan.

Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran dimana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil. Pembelajaran koperatif berlaku apabila pelajar bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu untuk menyelesaikan masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi pelajaran dengan meminta bantuan daripada guru. Guru menguji dan member gred berdasarkan pretasi kumpulan, kadang-kadang berdasarkan gred individu (Azizi Yahaya & Intan Sapinas Bahuri, UTM).

kaedah koperatif ini dapat melatih pelajar berinteraksi, berkomunikasi, mengalami dan menghayati proses pembelajaran dengan lebih berkesan. Pelajar dapat memperbaiki diri sendiri disamping dapat membantu rakan sebaya lain dalam mengharungi alam pembelajaran ini. Oleh itu, setiap guru haruslah sentiasa peka akan konsep pengurusan alam pembelajaran ini. Pengurusan yang bagus dan teratur bukan sahaja dapat membantu pelajar melonjakkan diri dalam kecemerlangan akademik, malah dapat melonjakkan prestasi sekolah ke aras lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment