😊Assalamualaikum😊
Menurut Atkinson (1990) tingkah laku
bermasalah adalah merupakan tingkah laku yang terkeluar daripada kehendak,
norma-norma dan nilai sesuatu masyarakat. Tingkah laku bermasalah boleh
merangkumi tingkah laku destruktif, tingkahlaku desruptif, pergantungan
berlebihan, tingkah laku kebimbangan, tingkah laku pengunduran diri dan tingkah
laku pengasingan diri. Tingkah laku bermasalah ini akan menjadi lebih berbahaya
sekiranya ianya melibatkan klik yang mana akhirnya akan mengakibatkan keganasan
sekiranya tidak dibendung dengan lebih awal (Tiwi Binti Kamidin, 2004).
Pengurusan penasihatan murid berkait
rapat dengan masalah tingkah laku dalam kalangan pelajar. Konsep dalam
pengurusan penasihatan ini adalah bimbingan, mentoring dan penasihatan. Mentor
di sini bermaksud proses memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara
profesional (terlatih dan beretika, berkemahirandan sistematik) dalam
menghadapi krisis hidup dan pembangunan diri individu.
Proses ini melibatkan 2
perkara iaitu mentor dan mentee. Apabila perkara yang melibatkan pelajar
bermasalah, ketiga-tiga konsep ini digunapakai. Namum begitu, dalam hal
sebegini konsep penasihatan dan mentoring merupakan antara jalan terbaik dalam
menangani serta membantu pelajar bermasalah ini berubah ke arah lebih baik.
Pada pendapat saya, sistem mentor ini adalah satu konsep yang bagus kerana guru
membantu pelajar bermasalah secara peribadi.
Berbeza dengan kaunseling kerana
kaunseling mengendalikan jumlah pelajar yang ramai berbanding sistem mentor.
Pada suatu keadaan, hubungan guru dan pelajar akan menjadi lebih akrab melalui
sistem mentor ini (Tiwi Binti Kamidin, 2004). Artikel ini dapat membantu guru
dalam mengenali dengan lebih mendalam akan jenis tingkah laku bermasalah yang
sering dilakukan oleh pelajar bermasalah. Antara jenis tingkah laku yang guru
dapat kenali adalah tingkah laku destruktif, tingkah laku desruptif, tingkah
laku pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan, tingkah laku
pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri. Namun begitu, tidak semua
pelajar bermasalah melakukan masalah yang besar dan bercirikan keganasan
seperti dadah dan samseng. Oleh itu, setiap guru haruslah peka akan masalah
yang dihadapi oleh pelajar agar masalah tersebut dapat diselesaikan dengan cara
yang betul.
No comments:
Post a Comment