😊Assalamualaikum😊
Pengurusan
murid merupakan salah satu bahagian daripada pentadbiran sekolah yang sangat
penting. Hal ini adalah kerana ianya berkaitan dengan usaha untukmelahirkan
murid yang berkualiti dan mampu membawa perubahan terhadap negaradalam pelbagai
aspek pada suatu hari nanti. Selain daripada itu, pengurusan murid haruslah
dibuat secara sistematik agar ianya mampu mencapai matlamat dan objektifyang
telah dibuat. Oleh sebab itulah wujudnya jawatan Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal
Murid yang brtujuan untuk menyelaraskan pengurusan murid daripada pelbagai
aspek seperti disiplin, ko-kurikulum, kurikulum dan aspek yang lain melalui
peranannya sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudah cara,
penyelaras, pengawal, penawar, dan kaunselor yang boleh membantu
memudahkan pengurusan murid. Oleh itu, tidak hairanlah terdapat 3 perkara yang
ditekankan di dalam perkara ini iaitu mengurus rekod murid, kesediaan murid
belajar serta memotivasikan murid.
No comments:
Post a Comment