😊Assalamualaikum😊
Pengajaran ialah cara-cara yang
digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil
daripada pengajaran berlakulah perubahan yang relatif kekal dalam
tingkah lakuatau pengetahuan pelajar hasil daripada pengalaman. Perubahan yang
berlaku merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan
pengubahsuaian yang berlaku terhadap anak didik yangdiajar.
Tidak dapat dinafikan bahawa dalam
setiap pengajaran dan pembelajaran, sumber pendidikan seperti pusat sumber
sekolah memainkan peranan penting. Hal ini kerana pusat sumber merangkumi
pelbagai sumber sama ada dari segi ilmiah iaitu buku serta penggunaan bahan
teknologi seperti bilik audio yang lengkap mempunyai alatan seperti “LCD” dan
“projector”. Dengan kemudahan teknologi ini, maka hasrat Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) dapat dicapai untuk melahirkan warga pendidik yang mahir dan
cekap dalam penggunaan teknologi sebagai sebahagian daripada alatan atau bahan
pengajaran.
Pusat sumber digalakkan dijadikan sebagai
salah satu sumber bahan pengajaran kerana seiring dengan objektif Pusat Sumber
Sekolah (PSS) iaitu menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai
kemudahan pembelajaran dan juga membantu pelajar dan guru untuk menghasil,
menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran (Raja
Rozita Binti Raja Ariff Shah, 2013).
Bagi saya, ini adalah satu inisiatif
yang bagus kerana bukan sahaja dapat guru memperoleh manfaat tersebut, malah
dalam masa yang sama dapat memupuk sikap cintai PSS dalam kalangan pelajar.
Secara kesimpulannya, pengurusan
sumber yang teratur memudahkan guru untuk menggunakan ia sebagai bahan
pengajaran dan pembelajaran mereka. Penggunaan PSS bukan sahaja dapat dijadikan
sebagai satu bahan sumber pengajaran, malah dapat memupuk sikap mencintai PSS
dalam kalangan pelajar.
No comments:
Post a Comment