😊Assalamualaikum😊
Kepemimpinan adalah seni untuk
mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing orang,
mempengaruhi & membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu
mempunyai cara dan seni sendiri.Robert Kreither - Keupayaan mempengaruhi
anggota untuk mencapai tujuan organisasi secara sukarela. Pengertian ini
menekankan pada kemampuan pemimpin yang tidak memaksa dalam menggerakkan
anggota organisasi agar melakukan pekerjaan/kegiatan yang terarah pada tujuan
organisasi.
Sekolah merupakan sebuah institusi
penyebaran ilmu. Ilmu yang diberikan merangkumi ilmu duniawi serta kehidupan
selepas mati atau dikenali sebagai akhirat.guru merupakan kunci kepada
penyebaran ilmu. Tanpa guru, seorang murid mungkin tidak akan berjaya walaupun
ibu bapa ada membantu dalam mengembangkan ilmu yang sedia ada. Di dalam
sekolah, pengetua atau guru besar merupakan orang terpenting dalam institusi
sekolah. Pengetua ibarat pemimpin yang memacu sekolah ke arah kecemerlangan
sekolah.
Menurut Stogdill, 1974, Edmond, 1979
& Nor Azian, 1994, pengaruh kepimpinan adalah amat penting dalam menentukan
kejayaan sesabuah organisasi. Pengaruh dan kecekapan pemimpin dapat membawa ke
arah kecemerlangan sesebuah organisasi. Oleh itu, organisasi seperti sekolah,
pengaruh kepimpinan dan kecekapan pengetua sekolah amat penting dalam
menentukan kejayaan sekolah di bawah pimpinannya.
No comments:
Post a Comment