😊Assalamualaikum😊
Bilik pembelajaran bukan sahaja bilik
darjah semata-mata, malah makmal, bengkel atau studio malah padang juga
dikenali sebagai bilik pembelajaran. Makmal lebih dikenal bilik pembelajaran
bagi matapelajaran yang berkaitan dengan Sains serta Teknologi Maklumat. Studio
pula lebih dikenali sebagai bilik pembelajaran bagi matapelajaran Pendidikan
Seni. Bengkel pula lebih ke arah matapelajaran yang memerlukan kemahiran yang
dapat digunapakai dalam kehidupan seharian dan juga dapat dijadikan hobi atau
kerjaya jika mempunyai minat dalam pertukangan seperti bengkel Kemahiran Hidup
atau lebih dikenal sebagai bengkel Reka Cipta dan Teknologi. Di sini kita dapat
lihat bahawa bilik pengajaran tidak terhad kepada bilik darjah semata-mata.
Di dalam artikel “Strategi Mengurus
Bilik Pembelajaran”, Atan Long (1986:109) menyatakan bahawa pengurusan bilik
darjah hendaklah berdasarkan fungsi dan matlamat yang hendak dicapai melalui
penggunaan bilik darjah. Dalam hal ini, penyusunan bilik darjah dapat
melibatkan beberapa tujuan supaya tercapai objektif yang hendak ditentukan.
Antara yang ditekankan seperti masa, tenaga, alat pengajaran yang dapat
digunakan dengan baik, kemudahan digunakan secara berkesan dan susunan
menggalakkan untuk pembelajaran (Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran, 2017).
Berdasarkan perkara-perkara yang
dinyatakan dan ditekankan, saya tidak menafikan bahawa perkara penyusunan bilik
darjah dari segi tempat duduk pelajar sedikit sebanyak memberi impak terhadap
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankann. Sebelum seorang guru itu
melakukan penyusunan bilim darjah, guru haruslah mengenalpasti sikap dan
personaliti pelajar. Sedikit sebanyak perkara sebegini turut mempengaruhi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Berbalik kepada strategi mengurus
bilik darjah, guru yang mengurus bilik
pengajaran dengan betul dan teratur bukan sahaja dapat menyampaikan pengajaran
dengan berkesan, malah objektif pengajaran turut tercapai. Oleh itu, guru
haruslah bijak dalam mengurus bilik pembelajaran agar pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan mencapai suasana yang kondusif serta ilmu dapat
disampaikan dengan berkesan.
No comments:
Post a Comment