Saturday, November 10, 2018

PENGENALAN BLOG

😊Assalamualaikum😊
Blog ini direka khas untuk subjek KPS 3014 (Pengurusan dan Pembelajaran). Tugasan kali ini saya perlu menyediakan satu blog pendidikan berkaitan dengan Pengurusan dan Pembelajaran. Dalam blog ni saya akan berkongsi ilmu untuk kita belajar bersama-sama. I'm hoping to make this an interactive place where readers can come to share their thoughts on my stories. Have fun! So thats all for today. Thank you. In the meantime, happy reading 👧

Friday, November 9, 2018

BAB 13: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

😊Assalamualaikum😊 
Guru merupakan insan yang paling bekerja keras dalam melahirkan pelajar yang cemerlang. Untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, alam pembelajaran haruslah diatur dengan teratur, dapat menarik minat pelajar untuk belajar lebih lagi serta dapat melaksanakan sebuah pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Oleh itu, rancangan oriestasi sekolah (ROS), kaedah perlaksanaan, pedagogi serta bahan bantu mengajar antara aspek utama yang penting dalam melahirkan alam pembelajaran yang berkesan dan menarik. Contoh yang dapat kita lihat adalah dari segi kaedah perlaksanaan.

Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran dimana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil. Pembelajaran koperatif berlaku apabila pelajar bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu untuk menyelesaikan masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi pelajaran dengan meminta bantuan daripada guru. Guru menguji dan member gred berdasarkan pretasi kumpulan, kadang-kadang berdasarkan gred individu (Azizi Yahaya & Intan Sapinas Bahuri, UTM).

kaedah koperatif ini dapat melatih pelajar berinteraksi, berkomunikasi, mengalami dan menghayati proses pembelajaran dengan lebih berkesan. Pelajar dapat memperbaiki diri sendiri disamping dapat membantu rakan sebaya lain dalam mengharungi alam pembelajaran ini. Oleh itu, setiap guru haruslah sentiasa peka akan konsep pengurusan alam pembelajaran ini. Pengurusan yang bagus dan teratur bukan sahaja dapat membantu pelajar melonjakkan diri dalam kecemerlangan akademik, malah dapat melonjakkan prestasi sekolah ke aras lebih tinggi.

BAB 12: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

😊Assalamualaikum😊 
Sekolah merupakan sebuah institusi milik masyarakat. Perkembangan sekolah itu bergantung kepada bagaimana masyarakat menerima sekolah tersebut. Menurut Olson, P (1970:52),  masyarakat adalah kumpulan manusia yang menganggotai satu organisasi yang mempunyai beberapa criteria tertentu iaitu terdapat proses penggantian masyarakat melalui pembiakan genetic, manusia yang saling berinteraksi, terdapat perasaan kekitaan (sense of belonging) dan mempunyai sistem komunikasi bahasa yang berlainan dengan masyarakat.

Menurut sumber yang saya kaji dan rujuk, sekolah saling berkaitan dengan persekitaran seperti hubungan sekolah dengan ibu bapa, hubungan sekolah dengan guru, serta hubungan sekolah dengan masyarakat. Tidak dapat saya nafikan, hubungan sekolah dengan persekitaran seperti yang disebut memainkan peranan penting dalam kehidupan semua. Dari segi hubungan sekolah dengan masyarakat, ianya amat penting kerana ikatan yang terjalin adalah daripada rasa kepercayaan terhadap sekolah, yang juga demi masa depan murid. Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam hubungan dengan sekolah.

Saya setuju dengan kenyataakn “ibu bapa yang prihatin akan melahirkan sekolah yang terbilang”. Apa yang saya dapat simpulkan daripada ayat ini adalah ibu bapa dan sekolah bersama mahukan yang terbaik buat para pelajar dan juga sekolah. Di sinilah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memainkan peranan sebagai flatform untuk melestarikan sekolah. Oleh itu, setiap orang haruslah faham akan konsep sekolah dan persekitaran kerana ianya saling berkaitan antara satu sama lain dan memilikimatlamat yang sama iaitu mahu melahirkan pelajar dan sekolah yang terbilang.

BAB 11: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

😊Assalamualaikum😊
Murid pelbagai upaya ialah murid yang berkeperluan khas seperti kurang upaya dalam pendengaran, penglihatan, pertuturan, fizikal, masalah pembelajaran dan sebagainya. Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan kahas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. 

Pendidikan khas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.

Kajian mengeni pengurusan murid pelbagai upaya ini memfokuskan kepada empat topik perbincangan iaitu pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas. Dalam pengurusan murid untuk pemulihan dan penggayaan, ia member fokus kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran. Seperti artikel ini nyatakan, menurut Ab. Rahman, et. al. 1997 dalam buku Pengantar Pendidikan Khas karya Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad (2011), pemulihan merupakan langkah - langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid - murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran 3M (muhamadaizat.blogspot.my). Pada pendapat saya, artikel ini dapat membantu guru Pendidikan Khas dalam memahami dengan lebih lagi akan maksud pengurusan pemulihan serta dapat membuahkan idea-idea yang dapat digunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

BAB 10: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

😊Assalamualaikum😊
Menurut kamus dewan, perkataan “Pengurusan” didefinisikan sebagai pengarajan dan pengawalan pengelolaan, penyelenggaran. Dengan kata lain, pengurusan boleh didefinisikan sebgai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan.Secara umumnya, perkataan “Budaya”, yang berasal daripada bahasa Sanskerta iaitu “buddhayah”, merujukan bentuk jamak atau buddhi(budi atau akal) yang diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia.
 
Pengurusan pelbagai budaya merangkumi pengurusan yang melibatkan pelajar pelbagai budaya. Aspek pentadbiran, pengurusan bilik darjah, pendekatan kurikulum, strategi pengajaran serta bahan atau alatan dalam pengajaran haruslah diurus dengan teratur agar pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelbagai budaya ini dijalankan dengan baik tanpa sebarang keciciran. Menurut Saha (1997) pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri kaum. Pendidikan pelbagai budaya boleh berlaku dalam pendidikan formal atau tidak formal. Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap (Azwani Ismail & Zahara Aziz, 2009).

Pada pendapat saya, pendidikan pelbagai budaya amat penting. Daripada pendidikan ini, pelajar dapat mengenali dengan lebih dekat akan kaum-kaum yang terdapat di negara kita disamping mempelajari akan budaya masing-masing. Dari sini, semangat perpaduan akan semakin kukuh dan persefahaman antara kaum dapat dielakkan. Di dalam Akta Pendidikan 1961 telah dinyatakan dengan jelas prinsip yang berkaitan dengan pendidikan pelbagai budaya khususnya menerusi Perkara (v), iaitu " ... sistem pendidikan itu menepati prinsip bahawa kanak-kanak dididik sejajar dengan kehendak ibu bapa mereka yang berbilang kaum, agama dan budaya ... atas dasar demokrasi pendidikan dan pengekalan budaya etnikmasing-masing kaum yang ada dalam masyarakat majmuk di negara ini." (Azwani Ismail & Zahara Aziz, 2009). Oleh itu, artikel ini wajar dijadikan sebagai salah satu bahan rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya pendidikan pelbagai budaya agar pelajar generasi sekarang akan menjadi bakal pemimpin negara pada masa hadapan.

BAB 9: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

😊Assalamualaikum😊
Menurut Atkinson (1990) tingkah laku bermasalah adalah merupakan tingkah laku yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu masyarakat. Tingkah laku bermasalah boleh merangkumi tingkah laku destruktif, tingkahlaku desruptif, pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan, tingkah laku pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri. Tingkah laku bermasalah ini akan menjadi lebih berbahaya sekiranya ianya melibatkan klik yang mana akhirnya akan mengakibatkan keganasan sekiranya tidak dibendung dengan lebih awal (Tiwi Binti Kamidin, 2004).
 
Pengurusan penasihatan murid berkait rapat dengan masalah tingkah laku dalam kalangan pelajar. Konsep dalam pengurusan penasihatan ini adalah bimbingan, mentoring dan penasihatan. Mentor di sini bermaksud proses memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional (terlatih dan beretika, berkemahirandan sistematik) dalam menghadapi krisis hidup dan pembangunan diri individu. 

Proses ini melibatkan 2 perkara iaitu mentor dan mentee. Apabila perkara yang melibatkan pelajar bermasalah, ketiga-tiga konsep ini digunapakai. Namum begitu, dalam hal sebegini konsep penasihatan dan mentoring merupakan antara jalan terbaik dalam menangani serta membantu pelajar bermasalah ini berubah ke arah lebih baik. Pada pendapat saya, sistem mentor ini adalah satu konsep yang bagus kerana guru membantu pelajar bermasalah secara peribadi. 

Berbeza dengan kaunseling kerana kaunseling mengendalikan jumlah pelajar yang ramai berbanding sistem mentor. Pada suatu keadaan, hubungan guru dan pelajar akan menjadi lebih akrab melalui sistem mentor ini (Tiwi Binti Kamidin, 2004). Artikel ini dapat membantu guru dalam mengenali dengan lebih mendalam akan jenis tingkah laku bermasalah yang sering dilakukan oleh pelajar bermasalah. Antara jenis tingkah laku yang guru dapat kenali adalah tingkah laku destruktif, tingkah laku desruptif, tingkah laku pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan, tingkah laku pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri. Namun begitu, tidak semua pelajar bermasalah melakukan masalah yang besar dan bercirikan keganasan seperti dadah dan samseng. Oleh itu, setiap guru haruslah peka akan masalah yang dihadapi oleh pelajar agar masalah tersebut dapat diselesaikan dengan cara yang betul.

BAB 8: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN


😊Assalamualaikum😊
Disiplin merupakan perkataan yang digeruni oleh setiap insan yang bergelar pelajar sama ada di peringkat sekolah mahupun di institut pengajian tinggi. Namun begitu, perkataan keramat ini lebih sinonim dan digeruni oleh pelajar yang berada di peringkat sekolah. Disiplin mengingatkan pelajar kepada perkara-perkara yang boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti ponteng kelas, merokok, buli pelajar serta meniru di dalam peperiksaan. Seperti pelajar normal, pelajar Pendidikan Khas yang bermasalah pembelajaran juga mempamerkan tingkah laku yang negatif dimana jika tidak diatasi, ianya akan menganggu sesi pengajaran dan pembelajaran.

Menurut sebuah artikel yang saya kaji, setiap murid bermasalah pembelajaran berbeza dan unik dari segi keupayaan fizikal, kognitif dan tingkah laku namun hak mereka dalam pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial, kaum atau perkembangan intelek perlu diberi perhatian (Osman & Ahmad Ghazie, 2007).  Selain itu, pengetahuan terhadap model pengubahsuaian tingkah laku yang efektif juga membantu guru lebih kreatif dan inovatif dalam penyampaian pengajaran. Guru juga perlu memikirkan pendekatan pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan murid apabila mengajar (Noriati, Boo, & Wong, 2010). Saya bersetuju dengan kenyataan yang dinyatakan di dalam artikel ini. Pelajar bermasalah pembelajaran antara pelajar Pendidikan Khas yang memerlukan perhatian yang banyak ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Noraini, Faridah, Manisah dan Safani (2001), proses pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kecekapan dan kemahiran guru pendidikan khas. Pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid bermasalah pembelajaran dapat menentukan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan (Noor Aini Ahmad dan Norhafizah Abu Hanifah, 2015). Jika seorang guru tidak mampu mengawal tingkah laku pelajar, maka proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan dengan teratur. Oleh itu, guru Pendidikan Khas haruslah cekap dalam menguruskan perkara yang melibatkan tingkah laku pelajar kerana ianya dapat member kesan terhadap suasana di dalam bilik darjah serta sesi pengajaran dan pembelajaran.